Selasa, 14 Desember 2010

Batas...

Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan kaum adam atau pun sebaliknya ketika berhadapan. Kita dibolehkan menjalin pertemanan dengan mereka...
Ya, benar. Memang boleh. (Boleh dari segi sosial, saya tidak berbicara dalam lingkup tentang hukumnya....^_^)


Namun kita harus sadar dan mengakui kekurangan yang ada dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya berteman, bagaimana sahabatnya boleh menyimpan perasaan? Berlaku juga sebaliknya...^_^


Biasanya, di saat ini, apabila sedang susah,bersedih hati,,barulah kita kembali kepada Islam. Barulah kita mengikuti aturan berinteraksi sesuai dengan hukum agama. Kaum adam seharusnya menyadari, bahawa hati perempuan ini sangatlah lembut. Ya,ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar. Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami. Batas perlu dijaga. Adakah hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan 'cair'? Tidak, semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa, contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern. Atau mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh hati perempuan itu. Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut'. (Maaf, tak dapat fikir perkataan lain yang kurang 'geli') Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'. Contohnya.



Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang tersiksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas itu barulah saling menyalahkan antara satu sama lain. Peliknya, kita jarang menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu. Lelaki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku apa-apa pun" Perempuan: "Action speaks louder than words! Sudah tau tidak suka, tapi kenpa selalu berbuat baik yang aku anggap itu sudah tidak wajar!?" Akhirnya gaduh tak berhenti, kerana keduanya tidak mengakui bahawa masing-masing sudah terpesong dari panduan tuhan. Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya.


Doakanlah seikhlasmu, namun rahsiakanlah darinya. Panjatkan doa itu pada Allah SWT. Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya. 

Di sini, barulah  nampak, SEBUAH hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaan-Nya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dari-Nya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri.


Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita. Prevention is better than cure. Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahwa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain (maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahu pasti, sebab saya bukan lelaki, tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri. Perempuan memang dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dan sebagainya. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerena mungkin saja kami akan gagal. semoga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara.

Semoga dari sehari ke sehari kita makin dekat kepada Allah. Amiiin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar